Friday, December 21, 2018

Al-Imran Ayat 52

3.3.52
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 52:
.
Ringkasan tafsir;

Setelah Nabi Isa menyeru kepada kaum Bani Israel sesudah sekian lama dengan memberi bermacam-macam tanda bukti mukzizat sebagai tanda kenabian dan kerasulan beliau itu, tapi masih ada lagi sebahagian kaum Bani Israel yang masih ingkar kufur dan ada juga yang memisahkan ibubapa mereka itu hingga merempat sampai membawa kepada pembunuhan, serta menentang dan menyakiti Nabi, maka nabi Isa berkata kepada kaumnya, Siapa yang menolong ku kepada Allah. 

Maka sebahagian kaum bani Israel yang lain pula  berkata; Kamilah penolong agama Allah, kami beriman dengan Allah, saksilah  wahai Isa bahawa kami orang-orang Islam. (bersambung pada ayat dibawah 3.3.53).

Kaum yang setia taat kepada Nabi isa pada ketika itu digelar sebagai “kaum Hawariyin” yang masih taat percaya dan beriman dengan syariat Allah yang dibawa oleh Nabi.  Ialah kaum yang membenarkan bahawa Nabi Isa itu adalah hamba Allah dan percaya dengan khabaran bahawa akan turun seorang Rasul yang bernama Ahmad (Muhammad). (lihat juga ayat 3.3.55)
.

Kesimpulan;
Ada dua golongan dari kalangan kaum bani Israel yang berberpecah kepada 2 kaum;
1. Kaum Hawariyin, inilah membawa dan memegang syariat kitab Injil hingga kehari ini.

2. Kaum Yahudi, yang kufur membawa dan memegang syariat Taurat hingga kehari ini. 


.
[previous] [next] [home


.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3 
Tafsir (3.3.52); Terjemahan, 51~60,
[GS]  https://sites.google.com/site/jambuampang/1/1
Ulasan surah 3; 
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      





via,
elken.knajid@gmail.com
(recover, n30.mentakab@hotmail.com)
(BS mail; elken.knajid.Mencari@blogger.com)

Tuesday, June 21, 2016

Surah Al-Baqarah (92~93)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 92~93:
.
Ringkasan tafsir;
Lanjutan dari ayat 1.2.51. , maka dalam ayat ini Allah ulangi sekali lagi dan menyuruh nabi menemplak kaum Yahudi,  tentang buruknya perangai kaum Yahudi. Mereka telah menganiayai diri mereka dengan menyembah anak lembu ketika sepeninggalan Nabi Musa. Allah telah mengancam akan menghempap bukit diatas kepala mereka bila mana disuruh kamu berpegang teguh dengan Taurat, dan dimulut sahaja mereka mengaku untuk taat kepada Taurat, mereka berkata “kami dengar dan kami juga derhaka” dalam amalan mereka masih tetap maksiat didalam hatinya menyembah anak lembu itu. Allah teruskan lagi celaan kepada kaum Yahudi dalam ayat  ..... 1.2.94 dan 1.2.95.
.
.
[Previous] [Next

.
Sumber, 
Terjemahan (1.2.91~100);

Pautan,
[G+] https://plus.google.com/105585197688162188976/posts/2vFLfSm1h4x


.

via,
elken.knajid@gmail.com
(recover, n30.mentakab@hotmail.com)
(BS mail; elken.knajid.Mencari@blogger.com)

.

Friday, January 29, 2016

Al-Aijr (31~40)

Al-Aijr, dari ayat 31~40; 


31. Melainkan iblis, ia enggan turut bersama yang bersujud.

32. Ia bertanya; “hai iblis ! mengapakah engkau tidak turut bersama mereka bersujud ?”.

33. Ia jawab; “aku tidak mahu sujud kepada manusia yang engkau jadikan dia dari tanah kering, dari tanah hitam yang berubah bau”.

34. Ia berfirman; “keluarlah daripada nya, kerana sesungguhnya engkau terkutuk”.

35. “Dan sesungguhnya adalah atas mu laknat sampai hari pembalasan”.

36. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! kalau begitu, berilah akan daku tempoh sampai hari mereka dibangkitkan”.

37. Ia berfirman; “maka sesungguhnya engkau daripada golonngan orang-orang yang diberi tempoh”.

38. “sampai hari waktu yang ditentukan itu”.

39. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! lantaran engkau sudah sesatkan daku, maka aku akan hiasai kejahatan kepada mereka didunia dan aku akan sesatkan mereka sekelian”.

40. “malainkan hamba-hamba mu yang ikhlas dari antara mereka”.


.
[previous] [next] [home]

.

Following Twitter,
[] https://twitter.com/elkenknajidyaho/status/693227669740134400



.

Al-Aijr (21~30)

Al-Aijr, dari ayat 21~30; 


21. Dan tidak satu pun benda, melainkan perbendaharaan nya ada disisi kami, dan tidak kami turunkan dia melainkan dengan ukuran yang tertentu.

22. Dan kami telah kirim angin-angin itu sebagai pengkhawin benih tumbuhan, lalu kami turunkan air dari langit, maka kami berikan kamu minum dia, pada hal bukanlah kamu yang punya perbendaharaan air itu.

23. Dan sesungguhnya kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan kamilah yang jadi waris.

24. Dan sesungguhnya kami telah mengetahui orang-orang yang dahulu dari antara kamu, dan sesungguhnya kami telah mengetahui orang-orang yang kemudian.

25. Dan sesungguhnya Tuhan mu ialah akan himpunkan kamu, kerana ia bijaksana, amat mengetahui.

26. Dan sesungguhnya kami jadikan manusia dari tanah yang kering, dari tanah hitam yanbg berubah bau.

27. Dan jin itu, kami jadikan dari lebih dahulu, dari api yang panas.

28. Dan ingatlah tetakala Tuhan mu berkata kepada melaikat; “sesungguhnya aku mahu cipta manusia dari tanah yang kering, dari tanah hitam yang berubah bau”.

29. Maka apabila aku sempurnakan dia dan aku tiupkan padanya ruh dari ciptaan ku, hendaklah kamu tunduk sujud menghormati akan dia”.

30. Maka bersujudlah malaikat semua, sama sekali.

.
[previous] [next] [home]

.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/bktsegar/3
      
Following twitter,
[] https://twitter.com/elkenknajidyaho/status/693226199435218944

 


.

Al-Aijr (11~20)

Al-Aijr, dari ayat 11~20; 


11. Dan tidak seorang pun Rasul yang datang kepada mereka, melainkan mereka perolok-olok kan dia.

12. Demikian lah kami masukkan dia dalam hati-hati orang-orang yang berdusta.

13. Mereka tidak percaya kepada nya, pada hal telah lewat perjalanan orang-orang dahulu.

14. Dan jikalau kami bukakan bagi mereka satu pintu langit, lalu mereka naik terus padanya.

15. Nescaya mereka akan berkata; “sesungguhnya mata-mata kami dimabukkan, malahan kami ini orang-orang yang dimeterai.

16. Dan sesungguhnya kami telah jadikan dilangit bintang-bintang dan kami hiasi dia bagi orang-orang yang mahu melihat.

17. Dan kami pelihara dia dari tiap-tiap syaitan yang terkutuk.

18. Kecuali syaitan yang mencuri pendengaran maka di ikuti dia oleh nyalaan api yang terang.

19. Dan bumi ini, kami bentangkan dia dan kami adakan padanya gunung-gunung dan kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang ditimbang. 

20. Dan kami telah jadikan bagi kamu padanya, penghidupan-penghidupan dan apa-apa  yang kamu tidak mesti beri rezeki kepadanya.

.
[previous] [next] [home]

.
Following twitter,
[] https://twitter.com/elkenknajidyaho/status/693223636379938816




.

via,
elken.knajid@gmail.com
(recover, n30.mentakab@hotmail.com)
(BS mail; elken.knajid.Mencari@blogger.com)