Friday, December 21, 2018

Al-Imran Ayat 52

3.3.52
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 52:
.
Ringkasan tafsir;

Setelah Nabi Isa menyeru kepada kaum Bani Israel sesudah sekian lama dengan memberi bermacam-macam tanda bukti mukzizat sebagai tanda kenabian dan kerasulan beliau itu, tapi masih ada lagi sebahagian kaum Bani Israel yang masih ingkar kufur dan ada juga yang memisahkan ibubapa mereka itu hingga merempat sampai membawa kepada pembunuhan, serta menentang dan menyakiti Nabi, maka nabi Isa berkata kepada kaumnya, Siapa yang menolong ku kepada Allah. 

Maka sebahagian kaum bani Israel yang lain pula  berkata; Kamilah penolong agama Allah, kami beriman dengan Allah, saksilah  wahai Isa bahawa kami orang-orang Islam. (bersambung pada ayat dibawah 3.3.53).

Kaum yang setia taat kepada Nabi isa pada ketika itu digelar sebagai “kaum Hawariyin” yang masih taat percaya dan beriman dengan syariat Allah yang dibawa oleh Nabi.  Ialah kaum yang membenarkan bahawa Nabi Isa itu adalah hamba Allah dan percaya dengan khabaran bahawa akan turun seorang Rasul yang bernama Ahmad (Muhammad). (lihat juga ayat 3.3.55)
.

Kesimpulan;
Ada dua golongan dari kalangan kaum bani Israel yang berberpecah kepada 2 kaum;
1. Kaum Hawariyin, inilah membawa dan memegang syariat kitab Injil hingga kehari ini.

2. Kaum Yahudi, yang kufur membawa dan memegang syariat Taurat hingga kehari ini. 


.
[previous] [next] [home


.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3 
Tafsir (3.3.52); Terjemahan, 51~60,
[GS]  https://sites.google.com/site/jambuampang/1/1
Ulasan surah 3; 
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      





via,
elken.knajid@gmail.com
(recover, n30.mentakab@hotmail.com)
(BS mail; elken.knajid.Mencari@blogger.com)

No comments:

Post a Comment