Friday, January 29, 2016

Al-Aijr (31~40)

Al-Aijr, dari ayat 31~40; 


31. Melainkan iblis, ia enggan turut bersama yang bersujud.

32. Ia bertanya; “hai iblis ! mengapakah engkau tidak turut bersama mereka bersujud ?”.

33. Ia jawab; “aku tidak mahu sujud kepada manusia yang engkau jadikan dia dari tanah kering, dari tanah hitam yang berubah bau”.

34. Ia berfirman; “keluarlah daripada nya, kerana sesungguhnya engkau terkutuk”.

35. “Dan sesungguhnya adalah atas mu laknat sampai hari pembalasan”.

36. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! kalau begitu, berilah akan daku tempoh sampai hari mereka dibangkitkan”.

37. Ia berfirman; “maka sesungguhnya engkau daripada golonngan orang-orang yang diberi tempoh”.

38. “sampai hari waktu yang ditentukan itu”.

39. Ia berkata; “hai Tuhan ku ! lantaran engkau sudah sesatkan daku, maka aku akan hiasai kejahatan kepada mereka didunia dan aku akan sesatkan mereka sekelian”.

40. “malainkan hamba-hamba mu yang ikhlas dari antara mereka”.


.
[previous] [next] [home]

.

Following Twitter,
[] https://twitter.com/elkenknajidyaho/status/693227669740134400



.

No comments:

Post a Comment